Wednesday, 1 July 2015

Totally Move on

yes..when i say i'm moving on. that is means i'm really totally move on. no more ahmad fauzan. no more mohd isyraf qayyum. yup, before this, i'm confused with my heart. whom i chose. but know, i know that who are they....move on.. lagi2 untuk qayyum..sakitnya tuh di sini. tapi xpa la..dia pon bahagia dengan kehidupan dia sekarang. tata. aku pon nak bahagia. jadi noble gas~

Thursday, 28 May 2015

Siapa aku?

"baik kau pilih si qayyum ni dari fauzan. at least dia ada rupa. aku pon tak paham la kenapa kau nak sangat kat fauzan tuh."

3 baris ayat yang menikam menusuk dalam jantung hati aku. benar lah orang cakap. jaga lidah kerana lidah lagi tajam dari sebilah pedang. sakit dari lidah lagi pedih dari disiat guna pedang.

sedih. aku cuma mampu cakap. qayyum lagi muda, tak nak lah aku.

mungkin aku pernah rasa suka kat qayyum, tapi rasa macam tu jer la. lain dengan rasa aku dekat fauzan.

so, nak tanya. nak suka someone tuh kena pilih dari rupa ker? aku jatuh cinta dengan kebaikan fauzan. dengan ke noob an dia.ok, tipu. sebab qayyum pon baik jugak.

aku nak buat macam mana? bukan aku boleh arah hati aku untuk suka sesiapa. "eh hati, mulai sekarang aku nak kau hilang kan rasa dekat fauzan. suka dekat orang lain" kan bagus kalau hati tuh macam laptop. tak nak kita boleh permenantly delete. tapi hati bukan macam tuh. tak boleh dikawal guna otak.

tengah sedih sedih nih lagu rossa terlalu cinta nih berkumandang pulak.

aku boleh hilangkan rasa suka dekat fauzan tuh. tapi tunggu la dalam setahun. kalau tak jumpa. mungkin dah habis belajar nanti baru aku boleh lupa perasaan tuh.

Monday, 27 April 2015

macam mana?hati rasa membuak. duhai hati. sila kuat. makin aku nak lari, makin kuat pula perasaan nih.

Tuesday, 1 July 2014

puisi dalam dewan exam

biar aku ternanti-nanti
tapi aku takkan tercari-cari
biar aku disakiti,
tapi aku takkan jual diri..

kerana aku,
perempuan punya harga diri
kerana maruahku lagi tinggi
dari mengejar kasih yang kau takkan beri~




Thursday, 26 June 2014

bismillah..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni scroll2 twitter..nampak naqib upload gambar doa.. *tulisan dia kot..cantik gak
tapi nak yg ada maksud..cari punya cari..aku jumpa satu doa..

Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin, war zuqna fahman nabiyyin, wa hifzol mursalin, wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamar rahimin.....
maksudnya:
Ya Allah, Jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang berjaya dan cemerlang, dan kurniakanlah kami fahaman para nabi dan dalam jagaan para rasul, dan ilham para malaikat, dalam kesejahteraan wahai Tuhan Yang Maha Maengasihi Lagi Maha Penyayang.
c&p from blog siapa aku?
aku nak share yg nih ja...problem? memang dugaan banyak sejak akhir2 nih..tapi aku rasa dah berkurang

Thursday, 4 July 2013

janji

ku meniti embun pagi,
bersama harapan yang dijanjikan,
entah kenapa,
terasa pelangi yang kita bina dulu,
makin pudar..

pagi yang syahdu,
kau meninggalkan diri dengan janji2,
janji2 yang ku kira engkau tunaikan,

sepurnama berlalu,
kau diam tanpa khabar,
*terkesima*
aku sahaja yang pegang janji?
janji yang dibina berdua,
akhirnya dileraikan

aku janji
engkau janji,

tersedar,
aku perlu bangun dari mimpi janji,
biarkan janji itu pergi,
aku rela,
aku redha,
kerana itu janji yang aku pernah buat dulu




Monday, 1 July 2013

just for a second

assalamualaikum..
salam subuh untuk warga muslimin and muslimat sekalian
first thing!
*wipe *wipe
fuhhhhh..!!lama gila aku xupdate blog. aku ingatkan dah tak nak update kan dah...bizi semacam ja akhir2 nih...ok..aku malas sebenarnya..malas nak kena menaip panjang2,rasa macam buat assignment pulak taip banyak2..
kenapa plak aku nak update kan kalau rasa macam buat assignment?eh..aku punya suka lah..ok2 tak..sebabnya zaman buat assignment dah habis..ye la..aku kan tengah final sekarang nih..tak denye lecturer aku tiba2 nak bagi 'benda' tuh time macam nih..memang tak selamat la hidup lecturer tuh kena menyumpah dengan student dia..lagi2 aku kaki sampah nih...
wow2...ini da jauh ni aku drive..padahal tajuk entry ni lain..
lain apa nya?hanya sekejap kan maksudnya..maknanya aku boleh membebel dulu walau pon untuk sekejap..
kenapa tiba2 plak kau nak update blog pagi2 buta nih?baik kau pergi study..
errmmmm..aku pon tak tahu kenapa tiba2 mood rajin aku ni datang..pasal blog walking la semalam nih..tiba2 rasa rindu nak menaip lama2 untuk benda alah nih..padahal tak de apa pon nak tulis..sebenarnya ada..tapi malas buka pekung di dada..nanti jadi benda lain..baik aku simpan..baik nya aku...

sebut pasal baik...aku tertanya2 lah juga...
IS SHE/HE TOO NICE OR STUPID?
korang bayangkan la..si A berkawan rapat dengan si B..si B nih terdesak sangat sebab nak tolong si C...disebabkan terdesak tuh...dia korbankan si A yang si jantung hati dia..and yang si A nih dah tak boleh buat apa sebab benda dah jadi..and sekarang nih si A tuh tengah merana..and hidup atas belas ehsan orang lain..tapi orang sekeliling si A nih tak tahu menahu pasal perbuatan si B nih...so, si A nih kategori baik ke stupido???

saja nak beremo2 pagi2 nih...macam sorang nih cakap la..pompuan nih kalau bab emo dia tinggi..sebab hati dia lembut..macam aku..ehem2...sila jangan jeles.
 

~sana sini~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review