Tuesday 25 October 2011

Benda Yang Boleh Kita Kongsikan~~

Assalamualaikum...

ada beberapa perkara yang kita tak tahu dan tak ambil kisah langsung...
kat sini mari aku nak kongsikan 2 perkara yang baru aku ketahui..
bagi sesiapa yang dah tahu, aku ucapkan tahniah kerana dia sentiasa mengambil berat pasal isu semasa..

PERKARA 1
berkenaan ucapan deepavali kepada non muslim...


so, kepada muslim...kita xdilarang untuk mengucapkan deepavali asalkan tidak melanggar apa yang dilarang oleh Rasulullah kita..

PERKARA 2
hal ini dah lama..tapi mungkin ada yang tidak tahu dan kisah..hal ni berkenaan syampu dan barang harian kita..

Sodium Lauryl Sulfate and Sodium Laureth Sulfate

This inexpensive detergent is commonly used in cosmetic cleansers, hair shampoos, bath and shower gels, bubble baths, etc. - It is probably the most dangerous ingredient used in skin and hair-care products. In the cleaning industry SLS is used in garage floor cleaners, engine degreasers, car-wash soaps, etc. It is very corrosive and readily attacks greasy surfaces.
Sodium lauryl sulfate is used throughout the world for clinical testing as a primary skin irritant. Laboratories use it to irritate skin on test animals and humans so that they may then test healing agents to see how effective they are on the irritated skin.

apa yang aku nak cakap, mungkin kita xsedar selama ni kita xsedar barang yang kita pakai selama ni ada unsur2 yang membahayakan nyawa kita sendiri..sodium laureth sulfate dan sodium lauryl sulfate adalah bahan kimia yang membahayakan..tapi kalau nak cari syampu, sabun mandi yang tiada bahan ni rasanya tiada..jadi.....mari kita baca ni pulak


ULASAN KEPADA LAPORAN DALAM AKHBAR KOSMO BERTARIKH 8 MAC 2011
BERTAJUK:
ANCAMAN SYAMPU GUNA BAHAN PENCUCI LANTAI

1. Laporan akhbar KOSMO bertarikh 8 Mac 2011 melaporkan berkenaan syampu
yang didakwa mengandungi sodium laureth sulfate iaitu bahan yang biasanya
digunakan di dalam bahan pencuci lantai. Bahan ini turut dinyatakan boleh
menyebabkan kesan buruk kepada sistem hormon badan termasuk merosakkan kulit.

2. Sodium laureth sulfate lazimnya digunakan di dalam formulasi produk kosmetik
sebagai bahan pembersih, emulsifying, stabiliser dan solubiliser. Ia juga digunakan
sebagai bahan surfaktan yang bertindak sebagai agen pencuci dan agen pembuih yang
digunakan secara meluas di dalam syampu, gel mandian, pencuci muka dan ubat gigi
bagi tujuan pembersihan.

3. Bahan ini biasanya digunakan di dalam formulasi produk kosmetik yang bersifat
sementara dan tidak berterusan (discontinous and brief use) serta diikuti dengan
bilasan pada permukaan kulit (rinse off).

4. Sodium laureth sulfate yang digunakan di dalam sediaan kosmetik adalah terdiri
daripada gred spesifik yang dicadangkan untuk digunakan di dalam formulasi produk
kosmetik.

5. Bahan ini tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk
kosmetik. Setakat ini, tiada sebarang data saintifik yang menunjukkan bahan ini boleh
menyebabkan kesan buruk sekiranya digunakan pada konsentrasi yang biasa digunakan
di dalam produk kosmetik. Walau bagaimanapun, terdapat data menunjukkan kesan
iritasi pada kulit dan mata boleh terjadi sekiranya bahan tersebut digunakan dalam
sediaan yang tidak perlu dibilas. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk
mematuhi arahan penggunaan pada label semasa menggunakan produk yang
mengandungi bahan tersebut.

6. Sodium laureth sulfate digunakan secara meluas di dalam produk kosmetik di
seluruh dunia termasuklah di negara-negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia.
Sehingga kini, tiada sebarang laporan diterima yang melibatkan isu keselamatan
penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

7. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan
Malaysia akan membuat pemantauan secara berterusan ke atas produk kosmetik yang
mengandungi bahan ini melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik
Bernotifikasi di pasaran bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk
tersebut. Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak BPFK di talian 03-
78835532/5534 atau emailkan kepada potm@bpfk.gov.my jika terdapat sebarang
pertanyaan dan keraguan berhubung dengan produk yang mengandungi bahan ini.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
9 Mac 2011


jadi selagi kita tak guna secara melampau dan kerap, insyaAllah tak kan berlaku apa2 yang kronik..
renung2 kan dan selamat beramal~~

No comments:

Post a Comment

 

~sana sini~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review