Sunday, 15 January 2012

cintaku seperti itu


cintaku padaMU seperti itu,
seperti entropy,
sangat abstrak dan susah dikesan,

cintaku padaMU seperti itu,
hangat seperti boiler,
melahirkan rasa hangat sesiapa yang mencintaiMU

cintaku padaMU seperti itu,
seperti closed system,
hati dasarku pendam seribu perasaan,
xmampu ku luah

cintaku padaMU seperti itu,
setenang turbin menerima pressure yang kuat,
setenang itu akan ku cuba,
menghadap rintangan yang bertimpa

tapi,
cintaMU padaku,
melebihi segalanya,
tiada yang setanding,

menerima cintaMU,
lagi hebat dari terima seribu bintang sebagai hadiah,
lagi bahagia dari menerima ratu cantik seluruh alam,

ya Allah,
terima lah cinta hambaMU,
yang hina ini

Saturday, 14 January 2012


malam ini,
sepi memakan diri,
kerinduan semakin membaluti

duhai sahabat,
teman kala duka,
teman kala sepi,
teman di medan perang,
diri ini pernah rebah,
bantulah bangkit kembali

malam ini,
rindunya pada kalian,
bagai tidak bertepi,
membuak2 umpama lahar,
derasnya sederas terjunan air,
kalian, teman yang sejati,
selalu mendampingi

bahagia bertemu sekali,
alangkah!
indahnya pertemuan kembali



Thursday, 12 January 2012

pagi itu


pagi itu,
sejuk memakan diri,
gelisah merutun hati,
sepi melingkari pagi,

kata hati
tabah lah ini dugaanNYA,
kata akal,
think positive and u can face it

pagi itu,
kicauan burung seakan2 mengerti hati ini,
tiupan angin umpama memujuk hati,

pagi itu,
kerdilnya aku menghadap Ilahi,
sendu merasuk diri,
Ya Allah, ampunkan dosa2 kami!
terangilah hati kami,
berilah petunjuk kepada kami,
sesungguhnya, kami adalah golongan hamba2 mu yang lalai lagi alpa.

Tuesday, 10 January 2012

saya kerinduan~~

Assalamualaikum

aku bangun..
baca mesej..
"b rindu syg..b nk balik kerja dah"
aku tersenyum..

aku bangun..
buka mesej..
"syg...rindu awk sgt2...xble nk tido...ngantukkk..luv u"
aku terperasan sesuatu..
eh2 dia guna luv..bkn lov...
hehehe terpengaruh dengan aku la tu..

pagi ni...
terasa diri berada di atas glob yang berpusing
rasa loya seketika..
padan muka..sapa suruh xtidur semalaman..
bila final exam ni..
menjadi2 aku tidur siang bangun malam..

yup..harini sahaj pleezzz...
saya nak berblogwalking n bermuka buku...


ok..lari tajuk...
saya memang rindu
sangat2 kerinduan

tiada medium yang nak sampaikan kerinduan ni pada dia
hanya hati kecil


jika aku boleh berbicara dengan angin
akan aku nyatakan pada dia
angin, aku kasih padanya
sudikah kau menyejukkan dia
di kala dia kepanasan?

jika aku boleh berbicara kepada sang suria
akan aku nyatakan pada dia
wahai suria yang memancar indah,
aku rindu padanya,
sudikah kau menghangatkan dia
di kala dia kesejukan?

jika aku boleh berbicara bersama awan,
akan aku nyatakan pada dia,
wahai awan si pelindung,
aku sayang padanya,
sudikah kau melindungi kekasih ku yang jauh?

jika aku boleh berbicara dengan air,
akan aku nyatakan padanya,
air, aku cinta padanya
sudikah kau menjadi teman nya
di kala dia kehausan?

jika aku boleh berbicara dengan mereka,
aku akan pinta supaya menyenangi engkau,
aku akn sampaikan salam kerinduanku melalui mereka,
aku kan sampaikan ingatanku melalui mereka

jika angin berhembus,
dengarlah lafaz rindu ku padamu,

jika sang suria menghangatkan mu,
itulah aku yang sedang memelukmu,

jika bulan memancar indah cahayanya,
bermakna aku sangat merinduimu

salam kekasihmu dari jauh~~

Monday, 5 December 2011

saya sakit~~

assalamualaikum..

sekarang saya sangat sibuk dengan jadual saya yang begitu padat...heehehe sekali sekala ber skema punya ayat..
banyak assignment yang kena settle..
jumaat sabtu sangat sibuk dengan palapes..
sebut pasal palapes...kaki saya sakit...paling teruk sekali lam hidup saya...huuhuhu
kawan2 saya cakap saya jalan macam orang baru lepas pantang..hahahah mengengkang tau x?
huuhuhu maluuuu...


tiba-tiba semalam saya homesick..
lepas call mama saya..
walau pon mama xcakap,tapi saya tau mama sedih 
sebab lepas ja habis final exam,
saya xboleh balik rumah..
saya kena pergi kem..
2 minggu..
xcampur lagi dengan training..
saya sedih+homesick sangat2..



saya call nick..
lepas dah gurau2 dengan puas kenakan dia..
saya cakap saya rindu mama..
tiba2 air mata ni jatuh..
xsempat nak tahan..
dia tau..
dai marah juga sebab saya palapes..
tapi dia xboleh buat apa..
dia cuma tenang kan saya..
nasib baik still ada dia..

semalam bilik dia kena pecah masuk..
kelakar..
ada ka dia mengamuk baling2 pinggan?
macam perempuan..
hahahhaha

apa2 pon...
terima kasih sebab tenang kan saya..



saya homesick..
rindu mama...

Thursday, 17 November 2011

debar~

assalamualaikum..
hehehe..aku bukan la nak berbangga ke apa ke...tapi dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dengan rasminya telah menjadi seorang PALAPES~~
ngeeeee~syeronok!!

hehehehe...rasa gembira sangat!
rasa macam dh dpt sluruh nikmat hidup..(ok..terlebih)


Tuesday, 25 October 2011

Benda Yang Boleh Kita Kongsikan~~

Assalamualaikum...

ada beberapa perkara yang kita tak tahu dan tak ambil kisah langsung...
kat sini mari aku nak kongsikan 2 perkara yang baru aku ketahui..
bagi sesiapa yang dah tahu, aku ucapkan tahniah kerana dia sentiasa mengambil berat pasal isu semasa..

PERKARA 1
berkenaan ucapan deepavali kepada non muslim...


so, kepada muslim...kita xdilarang untuk mengucapkan deepavali asalkan tidak melanggar apa yang dilarang oleh Rasulullah kita..

PERKARA 2
hal ini dah lama..tapi mungkin ada yang tidak tahu dan kisah..hal ni berkenaan syampu dan barang harian kita..

Sodium Lauryl Sulfate and Sodium Laureth Sulfate

This inexpensive detergent is commonly used in cosmetic cleansers, hair shampoos, bath and shower gels, bubble baths, etc. - It is probably the most dangerous ingredient used in skin and hair-care products. In the cleaning industry SLS is used in garage floor cleaners, engine degreasers, car-wash soaps, etc. It is very corrosive and readily attacks greasy surfaces.
Sodium lauryl sulfate is used throughout the world for clinical testing as a primary skin irritant. Laboratories use it to irritate skin on test animals and humans so that they may then test healing agents to see how effective they are on the irritated skin.

apa yang aku nak cakap, mungkin kita xsedar selama ni kita xsedar barang yang kita pakai selama ni ada unsur2 yang membahayakan nyawa kita sendiri..sodium laureth sulfate dan sodium lauryl sulfate adalah bahan kimia yang membahayakan..tapi kalau nak cari syampu, sabun mandi yang tiada bahan ni rasanya tiada..jadi.....mari kita baca ni pulak


ULASAN KEPADA LAPORAN DALAM AKHBAR KOSMO BERTARIKH 8 MAC 2011
BERTAJUK:
ANCAMAN SYAMPU GUNA BAHAN PENCUCI LANTAI

1. Laporan akhbar KOSMO bertarikh 8 Mac 2011 melaporkan berkenaan syampu
yang didakwa mengandungi sodium laureth sulfate iaitu bahan yang biasanya
digunakan di dalam bahan pencuci lantai. Bahan ini turut dinyatakan boleh
menyebabkan kesan buruk kepada sistem hormon badan termasuk merosakkan kulit.

2. Sodium laureth sulfate lazimnya digunakan di dalam formulasi produk kosmetik
sebagai bahan pembersih, emulsifying, stabiliser dan solubiliser. Ia juga digunakan
sebagai bahan surfaktan yang bertindak sebagai agen pencuci dan agen pembuih yang
digunakan secara meluas di dalam syampu, gel mandian, pencuci muka dan ubat gigi
bagi tujuan pembersihan.

3. Bahan ini biasanya digunakan di dalam formulasi produk kosmetik yang bersifat
sementara dan tidak berterusan (discontinous and brief use) serta diikuti dengan
bilasan pada permukaan kulit (rinse off).

4. Sodium laureth sulfate yang digunakan di dalam sediaan kosmetik adalah terdiri
daripada gred spesifik yang dicadangkan untuk digunakan di dalam formulasi produk
kosmetik.

5. Bahan ini tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk
kosmetik. Setakat ini, tiada sebarang data saintifik yang menunjukkan bahan ini boleh
menyebabkan kesan buruk sekiranya digunakan pada konsentrasi yang biasa digunakan
di dalam produk kosmetik. Walau bagaimanapun, terdapat data menunjukkan kesan
iritasi pada kulit dan mata boleh terjadi sekiranya bahan tersebut digunakan dalam
sediaan yang tidak perlu dibilas. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk
mematuhi arahan penggunaan pada label semasa menggunakan produk yang
mengandungi bahan tersebut.

6. Sodium laureth sulfate digunakan secara meluas di dalam produk kosmetik di
seluruh dunia termasuklah di negara-negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia.
Sehingga kini, tiada sebarang laporan diterima yang melibatkan isu keselamatan
penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

7. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan
Malaysia akan membuat pemantauan secara berterusan ke atas produk kosmetik yang
mengandungi bahan ini melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik
Bernotifikasi di pasaran bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk
tersebut. Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak BPFK di talian 03-
78835532/5534 atau emailkan kepada potm@bpfk.gov.my jika terdapat sebarang
pertanyaan dan keraguan berhubung dengan produk yang mengandungi bahan ini.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
9 Mac 2011


jadi selagi kita tak guna secara melampau dan kerap, insyaAllah tak kan berlaku apa2 yang kronik..
renung2 kan dan selamat beramal~~
 

~sana sini~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review